Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Banjir : Teruja Dikunjungi Pemimpin Nombor Satu

Kehadiran Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Nerus hari ini membawa keceriaan kepada 422 mangsa daripada 96 keluarga yang menumpang sementara di situ.

Beliau yang diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan ketua- ketua jabatan tiba di sekolah tersebut kira-kira 3.30 petang.

Dalam lawatan singkat itu, beliau sempat beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan terbabit.

Seorang warga emas, A.Bakar Muda, 66, berkata, kehadiran pemimpin nombor satu negara melawat mangsa banjir sesuatu yang sangat menyentuh hati dan bermakna buat mereka.

 "Pakcik rasa sangat gembira dapat bertentang mata dengan Dato' Seri Najib. Beliau sangat cakna kepada rakyat. Tadi pun PM sempat tanya khabar pakcik.

"Terharu sangat sebab PM sudi lawat kami mangsa banjir dan pakcik bersyukur kerana berpeluang berjumpa dengan beliau," ujarnya yang menghidapi penyakit saraf.

A. Bakar mengambil keputusan untuk berpindah bersama isteri dan tiga anaknya sejak empat hari lalu selepas rumahnya di Kampung Jeram Hilir, Tepoh ditenggelami air sehingga paras dada.

Sementara itu, seorang ibu anak tiga yang berusia antara enam bulan hingga lima tahun dari Kampung Banggol Nyior mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang peka akan kesusahan dan kepayahan yang dialami mangsa banjir.

"Terima kasih kepada beliau yang sanggup datang ke sini untuk bersama kami.

"Saya juga tidak akan lupakan pengalaman ini apabila beliau secara spontan mendukung anak saya Mohamad Azri Rashid, 6 bulan. Suka sangat bila PM ambil dan dukung anak kita," kata Zaifah Mamat, 31, yang berpindah ke pusat pemindahan itu bersama suaminya Rasyid Mohd, 36, dan anak- anak sejak sejak dua hari lalu.

No comments: