Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Banjir : SM Imtiaz Kuala Berang Beroperasi Seperti Biasa




Sesi persekolahan 207 pelajar Sekolah Menengah Agama Imtiaz Kuala Berang diteruskan seperti biasa berikutan persekitaran kelas akademik dan jalan masuk ke sekolah sahaja yang ditenggelami air dan terjejas akibat banjir di Hulu Terengganu. 

Sementara bangunan asrama pelajar dan surau sekolah masih selamat digunakan kerana berada di kawasan tinggi. 

Sehubungan itu, hanya sesi kelas akademik terpaksa ditangguhkan sementara, manakala hafazan al-Quran berjalan seperti biasa di bangunan asrama berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang berkata, ibu bapa pelajar sekolah berkenaan tidak perlu bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka kerana pemantauan dibuat setiap masa.

"Penjaga tidak perlu risau kerana keadaan masih terkawal dan bekalan makanan masih mencukupi untuk anak-anak yang tinggal di asrama meneruskan rutin seperti biasa,"katanya kepada Teganukita.


Beliau meninjau keadaan sekolah itu sempena lawatan ke Hulu Terengganu bagi melihat sendiri situasi sekolah yang terjejas akibat banjir di daerah itu.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Jalaludin Ismail serta pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.


No comments: