Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Banjir : Skuad Sukarelawan TTB Dikerah Bantu Pasca Banjir

Ahmad Razif dan isteri bersama dengan sukarelawan dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di Dewan Sivik Paka, Dungun. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Skuad Sukaralewan TTB dikerah membantu mangsa bencana banjir di Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkat,  sukarelawan tersebut akan membantu untuk pasca banjir terutama dalam kerja-kerja pembersihan.

“Tumpuan utama akan diberikan kepada premis-premis kerajaan seperti sekolah-sekolah, pusat pemindahan banjir, balai raya,  klinik-klinik kesihatan dan pejabat-pejabat. Selesainya pembersihan di premis-premis ini, sukarelawan akan mula membantu membersihkan rumah-rumah yang terlibat dalam banjir pula.

“Selain sukarelawan TTB, kita turut libatkan kesemua agensi termasuk pejabat-pejabat daerah, Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi kerja-kerja pembersihan ini,” katanya.


Beliau ditemui pemberita ketika melawat mangsa banjir di Dewan Sivik Paka, Dungun, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud;  Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ A Rahman Yahya, dan Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato’ Din Adam.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata berdasarkan keadaan cuaca semasa, sekolah-sekolah di sekitar Terengganu yang terlibat dengan banjir kemungkinan dapat beroperasi dan dibuka semula minggu hadapan.

“Sebahagian dari sekolah-sekolah ini sedang giat dibersih dan jika tiada aral, sekolah ini akan mula dibuka bermula minggu hadapan,” katanya.

No comments: