Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Banjir : Makin Pulih




Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih dengan tahap sungai utama semakin surut dan kembali kepada paras normal.

Bagaimanapun, kesan bencana itu mengakibatkan banyak kawasan yang terjejas teruk terutama ladang dan sawah, selain jalan raya turut rosak.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, berkata berdasarkan ramalan kajicuaca keadaan cuaca bertambah baik dan hujan hanya tertumpu di kawasan pantai dengan merekodkan ramai mangsa yang berpindah dari kawasan itu .

“Secara keseluruhan kita dapat meninjau keadaan banjir yang dilihat semakin pulih di Hulu Terengganu, Hulu Setiu dan sebahagian Marang. Keadaan air di sungai utama sudah menurun dan berada di paras biasa.

“Kita juga dapat melihat kesan kemusnahan banjir, ladang di kawasan Hulu Setiu yang musnah akibat ditenggelami air, selain jalan raya yang rosak akibat arus air. Bagaimanapun, masih ada bebarapa jalan dan jambatan yang menghubungkan kampung terpencil masih ditenggelami air banjir,” katanya kepada pemberita selepas menyertai tinjauan udara menerusi penerbangan M994-01, di Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang, hari ini.

Turut serta, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu, Azlimin Mat Noor; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Ir Ab Hamid Md Daud; Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri, Ir. C Poobalan dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.


Dalam pada itu, beliau juga sentiasa turun padang bagi memantau beberapa pusat pemindahan banjir, selain memastikan bilik gerakan banjir di seluruh negeri sentiasa meningkatkan kesiap-siagaan sepanjang musim tengkujuh ini.

“Alhamdulillah setakat ini, kita dapat melaksanakan tugas memantau dan menyediakan bantuan sepatutnya termasuk urusan pemindahan mangsa ke pusat pemindahan dengan lancar dan selamat menerusi kerjasama semua agensi penguatkuasa dan badan sukarela yang terbabit.



Sehingga jam 6.40 petang ini, hanya tujuh pusat pemindahan masih dibuka melibatkan 1,126 mangsa daripada 285 keluarga seluruh Terengganu.

Daripada jumlah itu, Kuala Terengganu (3), Dungun (2) dan satu pusat pemindahan masing-masing di Setiu dan Marang.





No comments: