Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Banjir : Jumlah Mangsa Meningkat Kepada 11,090 Orang


Wan Nawawi bermesra dengan penjawat awam cemerlang selepas Perhimpunan Bulanan Bersama Penjawat Awam Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli Putra

Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus mencatat peningkatan mendadak kepada 11,090 mangsa sehingga jam 8.30 pagi ini, berbanding 4,500 orang setakat pukul 10 malam tadi.

Pusat pemindahan juga bertambah kepada 134 lokasi yang menempatkan 3,264 keluarga berbanding hanya 77 pusat pemindahan sebelum ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), Dato’ Wan Nawawi Wan ismail berkata, maklumat dan info terkini daripada portal Banjir Terengganu itu perlu sentiasa diambil perhatian oleh orang ramai termasuk penjawat awam.

“Tahun baharu kali ini disambut dengan ujian bencana banjir, kita perlu redha dan mendoakan agar dipermudahkan segalanya.

“Ada program penting dan mesyuarat jabatan, termasuk mesyuarat bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terpaksa dibatalkan pada hari ini.


“Ketua-ketua jabatan kerajaan, wakil rakyat, exco kerajaan negeri dan Menteri Besar dilihat turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di Setiu, Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada Perhimpunan Bulanan Bersama Penjawat Awam Wisma Darul Iman, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ A Rahman Yahya.

Sementara itu, A Rahim juga berharap semua pegawai kerajaan mempunyai fail meja yang merekodkan senarai tanggungjawab yang perlu diselesaikan di samping mengetahui perjalanan kerja dan cara-cara kaedah pelaksanaan setiap tugasan.

"Dengan cara ini saya yakin bahawa pelaksanaan kerja akan berjalan dengan lebih baik,'' katanya.

No comments: