Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Banjir : Hanya Enam Pusat Pemindahan Masih Dibuka

Sehingga tengahari ini, hanya enam pusat pemindahan masih dibuka melibatkan 1,386 mangsa daripada 320 keluarga di tiga daerah negeri ini.

Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my hari ini, daripada jumlah itu, Kuala Terengganu (4) dan masing-masing satu pusat pemindahan di Setiu dan Marang.

Di Kuala Terengganu, 126 mangsa daripada 38 keluarga masih berada di Sekolah kebangsaan Kampung Gemuroh sementara 408 mangsa daripada 75 keluarga di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak.

Manakala, Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong merekodkan 457 mangsa daripada 110 keluarga dan Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong menempatkan 296 mangsa daripada 70 keluarga.

Di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih, Marang pula mempunyai 21 mangsa daripada tujuh keluarga.

Dan di Dungun seramai 78 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Durian Mentagau.

No comments: