Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Banjir Di Pantai Timur: 198 Tabika KEMAS Rosak Akibatkan Kerugian RM2 Juta


Banjir yang melanda Terengganu dan Kelantan sejak beberapa hari lepas menyebabkan hampir 200 Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) milik Jabatan Kemajuan Masyakat (KEMAS) mengalami kerosakan dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM2.3 juta.

Ketua Pengarah KEMAS Datuk Amiruddin Ariffin berkata siasatan pihaknya mendapati 75 Tabika di Terengganu dan 123 Tabika di Kelantan rosak teruk akibat bencana itu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 41 Tabika yang mendidik 800 kanak-kanak di Terengganu dikenal pasti mengalami kerosakan bangunan dan pelbagai peralatan lain.

“Kos untuk membaiki kerosakan 41 Tabika di Terengganu dianggarkan sebanyak RM1.8 juta selain kos membaiki Tabika di Kelantan membabitkan RM500,000,” katanya kepada pemberita semasa melawat Tabika KEMAS An Nur di sini, semalam yang turut dilanda banjir.
Menurutnya Tabika KEMAS di daerah Besut yang paling terjejas dengan 35 Tabika mengalami kerosakan.

“Jabatan kami akan membaiki segera Tabika terbabit dan menggantikan kelengkapan bagi membolehkan kanak-kanak dapat menjalani pembelajaran dalam suasana selesa,” katanya.
Amiruddin berkata KEMAS juga akan menyewa bangunan berdekatan Tabika yang terjejas sementara premis asal dibaiki dalam tempoh tertentu.

Di KUALA BERANG, Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia (PPPM) semalam menyumbang pelbagai barangan seperti biskut, buah-buahan dan air minuman bernilai RM50,000 kepada mangsa banjir menerusi pejabat daerah Hulu Terengganu.

Sementara itu, Pegawai Daerah Azmi Razik berkata operasi pembersihan tempat terjejas banjir dilakukan sejak tiga hari lepas dengan melibatkan sukarelawan daripada pelbagai agensi kerajaan, pelajar dan badan bukan kerajaan.


“Saya sangat teruja kerana bantuan tampil dari seluruh negara sama ada dalam bentuk kebendaan atau tenaga kerja bagi membersih kawasan terlibat,” kata selepas menyertai operasi membersih Sekolah Kebangsaan Kuala Ping, Hulu Terengganu- Bernama

No comments: