Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Banjir : 64 Sekolah Ditutup


Sebanyak 64 sekolah ditutup di seluruh Terengganu sehingga hari ini, berikutan kawasan sekolah yang ditelenggami air dan terputus hubungan akibat banjir yang melanda negeri ini.

Daripada jumlah itu,  sekolah menengah 14 dan sekolah rendah 50 buah, masing-masing di Setiu (19), Besut (19), Hulu Terengganu (25) dan Kemaman (1). 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains,Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, berkata, kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) supaya sentiasa memantau perkembangan semasa dan situasi terkini bagi memastikan persiapan rapi dapat dibuat sekiranya berlaku banjir di sekolah masing-masing.

"Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa membuat persiapan untuk memastikan segala peralatan, kelengkapan pembelajaran serta pejabat termasuk dokumen-dokumen penting di simpan di tempat selamat. 

"Pihak sekolah juga hendaklah memberikan peringatan kepada ibu bapa supaya mengawasi keselamatan anak-anak agar tidak leka dan bermain air terutamanya di kawasan - kawasan yang berisiko tinggi dan terdedah kepada banjir,"katanya kepada Teganukita.

Beliau berkata demikian ketika meninjau perkembangan banjir di Daerah Hulu Terengganu, pagi ini.

Di Hulu Terengganu sebanyak 25 buah sekolah yang dilanda banjir terpaksa ditutup.

Selain itu, Sekolah Imtiaz Hulu Terengganu juga terjejas, bagaimanapun sehingga kini masih belum ditutup.

Selain itu, penutupan sekolah juga disebabkan bangunan yang digunakan sebagai pusat pemindahan sementara banjir, sekali gus menjejaskan aktiviti pembelajaran di sekolah yang terlibat.

A.Latiff  juga menyarankan kepada pihak sekolah supaya sentiasa memastikan keadaan paras air di persekitaran sekolah sepanjang musim tengkujuh.

Tambahnya, selain persekolahan di tiga daerah yang terjejas teruk, Marang, Dungun dan Kuala Nerus juga berada dalam keadaan berjaga-jaga.

No comments: