Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

A.Rahim Bersara Pegawai Kewangan Negeri Esok


Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahim Jusoh akan bersara wajib berkuatkuasa esok (18 Januari) selepas lima bulan memegang jawatan itu. 

A.Rahim,60, yang 36 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam mula memegang jawatan tersebut sejak Ogos 2016 menyifatkan perkhidmatan di Pejabat Perbendaharaan Negeri begitu mencabar dan mempunyai tanggungjawab besar apatah lagi berikutan kekangan sumber kewangan negeri semasa tempoh beliau menerajui jabatan itu.

“Walau bagaimanapun, saya tetap mendapat sokongan kuat daripada para pegawai dan kakitangan sepanjang tempoh berkhidmat di sini dalam memastikan segala usaha melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan dapat dilakukan,” ujarnya ketika berucap di majlis meraikan persaraan beliau oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri di Hotel Primula, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.


Menurut A. Rahim, pelbagai pengalaman suka dan duka ditempuhinya sebagai pegawai kerajaan sejak mula memegang jawatan sebagai Pegawai Tadbir Negeri di Pejabat Daerah Dungun pada tahun 1981.

“Ada ketika gembira, tertekan, perlu menghadapi situasi cemas, semuanya pernah dilalui dan ditempuhi. Namun, ia bergantung kepada ketahanan masing-masing dan bagaimana cara kita menghadapi sesuatu situasi itu.

“Paling penting, sebagai pegawai kerajaan kita perlu pantas berfikir dan cuba selesaikan sesuatu cabaran atau masalah sebaik mungkin dengan tenang,” ujarnya.

Beliau turut berharap, semua kakitangan jabatan itu terus menjalankan tugas dengan cemerlang dan dapat menyelesaikan kerja yang diamanahkan sebaik mungkin.

“Jalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada kita bermula dari awal hingga akhir sehabis baik dan jangan sesekali melakukan sesuatu perkerjaan itu separuh jalan.

“Contohilah cara kerja mereka yang berpengalaman supaya kita dapat menghasilkan mutu kerja yang bagus," ujarnya yang tiada halangan untuk terus menyumbang bakti dalam perkhidmatan awam walaupun telah bersara kelak.

No comments: