Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Aplikasi Destinasi Terengganu, Maklumat Pelancongan Di Hujung Jari



Wan Hakim (dua dari kiri) menunjukkan aplikasi Destination Terengganu yang boleh mula dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.


Kerajaan negeri dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) melancarkan satu aplikasi untuk telefon pintar bagi kemudahan pelancong sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri I, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata,  penggunaan aplikasi yang dibangunkan TM itu membolehkan pengguna telefon pintar mengetahui maklumat berkenaan semua destinasi dan lokasi menarik serta pusat percutian dengan pantas.

Katanya, pembinaan aplikasi tersebut adalah sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat supaya pelancong memperolehi maklumat terkini, cepat dan tepat mengenai tempat-tempat menarik di sekitar Terengganu.

“Pengguna internet di Malaysia telah mencecah 20 juta orang dan kebanyakannya adalah pengguna telefon pintar. Jadi amat rugi jika kita tidak mengambil peluang ini.

“Aplikasi yang dibina pula hampir kesemua orang dapat melayarinya kerana ianya amat mudah dicapai di hujung jari mereka sahaja. Pengguna dapat mengetahui tentang tempat makan yang menarik, aktiviti kebudayaan di Terengganu dan sebagainya,” katanya.


Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Aplikasi ‘Destination Terengganu’ di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan), Mohd Sophian Abu Bakar dan Pengurus Besar TM Terengganu, Hamidun Ismail.

Tambah Wan Abdul Hakim, aplikasi berkenaan antara yang terbaik disediakan untuk kempen Tahun Melawat Terengganu kerana ianya sesuai dengan keadaan semasa.

“Aplikasi ini lebih spesifik. Apabila pengguna klik ke tempat yang ingin dituju tersebut, kemudahan seperti lokasi serta nombor telefon turut dipaparkan bagi kemudahan pengguna.

“Namun begitu, aplikasi ini akan terus dikembangkan lagi. Kami sudah bincang dengan Pengurus Besar TM untuk menambah segmen yang ada contohnya mengikut daerah-daerah.

“Selain itu, kandungan yang terdapat di dalam aplikasi ini juga akan selalu dikemaskini bagi memastikan ianya terkini dan tepat,” katanya.

Bagi pengguna telefon pintar, aplikasi tersebut boleh didapati di App Store dan Google Play Store dengan carian Destination Terengganu.

No comments: