Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

ADUN Ajil Minta Segerakan Projek Pembinaan Rumah Kos Rendah




Kerajaan negeri diminta menyegerakan kelulusan pembinaan rumah kos rendah di Menerong, Ajil seawalnya pada tahun ini bagi mengatasi masalah banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib berkata permohonan itu telah dibuat kepada Menteri Besar,Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semasa pecah tanah Projek Pembangunan Desa di Menerong tahun lepas.

Katanya, Menteri Besar sudah bersetuju ianya dimulakan pada Mac depan namun beliau berharap ia dapat disegerakan lebih awal demi kebajikan mangsa banjir di kawasan itu.

"Kita sudah mohon pembinaan 200 unit rumah kos rendah di kawasan tinggi. Kalau sudah ada penempatan maka akan selesai masalah penempatan yang sentiasa ditenggami banjir.

"Lebih kurang 300 rumah yang sentiasa dilanda banjir termasuk  dari kampung Peneh,Lubok Periuk,Kua dan beberapa kampung lagi yang sangat memerlukan perumahan ini untuk atasi masalah banjir."kata Ghazali.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri,berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis  Bantuan Pasca Banjir di Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganui hari ini.

Ghazali berkata,setiap kali banjir penduduk kawasan tersebut terpaksa menanggung pelbagai risiko kerugian dan kemusnahan harta benda setiap kali bencana alam itu berlaku.

"Tapi mereka tiada pilihan, itu saja rumah dan tanah yang ada maka terpaksa juga tinggal di rumah yang sama walaupun sering ditenggelami air."kata Ghazali lagi.

Seramai 502 penerima daripada 15 buah kampung yang terlibat dengan banjir baru-baru ini menerima sumbangan pasca banjir daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) Syarikat Air Terengganu (SATU ),Yayasan Terengganu,Persatuan Pegawai Tadbir Agama Terengganu dan Pejabat Adun Ajil.

Sumbangan berbentuk kit solat,barangan dapur dan makanan seperti beras,minyak,telur serta wang tunai bagi mengurangkan beban dan emosi mangsa banjir yang terlibat.

Sementara itu, penerima bantuan Rafizah Abd Razab,34,dari Kampung Pengkalan Ajal berkata bantuan yang diterima walaupun tidak sama dengan nilai kerugian yang dialami namun meringankan sedikit beban yang ditanggung beliau sekeluarga.

"Saya dan suami mempunyai bengkel kereta dan besi, bayangkan bila kedai kami di tenggelami air setinggi 1.5 meter yang tidak berlaku sebelum ni,

"Peralatan dan barangan besi rosak tapi kami berjaya selamatkan mesin utama, ada juga kenderaan pelanggan yang ditenggelami air..jadi bayangkan kerugian yang kami terpaksa tanggung pada banjir kali ini."katanya lagi.

Menurut Rafizah,anggaran kasar kerugian yang dialami setakat ini sebanyak RM15 ribu tidak termasuk kerugian kenderaan pelanggan yang tenggelam banjir.

No comments: