Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

26 Pegawai Tadbir Bertukar

Seramai 26 pegawai tadbir negeri terlibat dalam rombakan terbaharu berkuat kuasa mulai 1 Februari ini bagi melancarkan pentadbiran di Terengganu.

Pegawai Daerah Kuala Terengganu Dato' Mohd Akil Mat ditukar kepada jawatan Pengarah Jabatan Tanah Dan Galian Terengganu mengantikan Dato' Mohd Kamil Othman yang bertukar sebagai Pegawai Jawatan Kumpulan (penempatan sementara sebelum bersara wajib pada 16 Februari).

Pegawai Daerah Dungun, Dato' Mohd Yasim Awang pula ditukar ke jawatan Pegawai Daerah Kuala Terenggganu manakala Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan bertukar ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu.

Yang Di Pertua (YDP)  Majlis Perbandaran Dungun, Ibrahim Mohamad bertukar sebagai Pegawai Daerah Dungun dan  Pegawai Daerah Setiu, Shahidan Embok bertukar ke jawatan Yang Di Pertua Majlis Daerah Dungun.

Manakala Pengarah Urusan Tabung Amanah Warisan Terengganu, Mohd Zahari Md Azahar pula ditukarkan sebagai Pegawai Daerah Kemaman.

Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu, Zulkifli Ali ke jawatan baru sebagai Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) menggantikan Tun Faisal Tun Abdul Razak yang ditukarkan sebagai Pengarah Pelancongan Terengganu.

YDP Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang berpindah ke pejabat baru sebagai Pegawai Daerah Setiu.

Setiausaha Bahagian ( Kerajaan Tempatan) Terengganu, Mat Azmi Arshad ditukar sebagai YDP Majlis Daerah Setiu manakala YDP Majlis Daerah Besut, Ahmad Azmi Md Salleh  Pegawai  Kumpulan.

Ketua Penolong Tanah Dan Galian (Pendaftaran Dan Hakmilik Tanah) Terengganu, Wan Khalid Wan Jusoh ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah Marang.

Manakala Pengarah Unit Komunikasi Terengganu, Ab. Rasid Jusoh ke jawatan YDP Majlis Daerah Besut dan Ketua Pentadbir Tanah Marang, Alias Mamat bertukar sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kuala Terengganu.

Pengarah Cawangan Utara MBKT, Jusman Ibrahim bertukar  ke Setiausaha Bahagian ( Kerajaan Tempatan) Terengganu.

Lain-lain pertukaran, Ketua Penolong SUK (Pengurusan Majlis Dan Protokol) Terengganu, Zulkifli Isa memegang jawatan baharu sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu manakala Pengurus (Pentadbiran dan Kewangan) Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu, Marzialina Mohamad menjawat sebagai Pengarah Perpustakaan Negeri Terengganu.

Pengurus Pembangunan Pelancongan UPEN, Tengku Mohd Arifin Tengku A Rahman pula ditukar sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kerjaan(Pengurusan Majlis Dan Protokol) Terengganu.

Penolong Setiausaha Kerajaan ( Latihan Dan Kerjaya), Mohd Ridwan Mohd Nor ditukarkan kepada Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu manakala Penolong Kanan Pengarah( Infrastruktur) UPEN, Ahmad Shahrizal Yahya memegang jawatan Pegarah Jabatan Bekalan Air Terengganu.

Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pembangunan Tanah Dan Pelupusan Setiu, Mohd Shahril Shamsudin ditukar ke jawatan Penolong Kanan Pengarah (Infrastruktur) UPEN.

Penolong Pentadbir Tanah(Pelupusan) Kuala Terengganu, Sharifah Noor Naimah Syed Mahmud ke jawatan Penolong Kanan Pentadbir Tanah( Pembanguban Tanah Dan Pelupusan) Setiu.

Pegawai Harta Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Abd Razak Abd Rahman pula dilantik sebagai Setiausaha Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.

Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu, Wan Ahmad Firdaus Wan Abdullah ditukar ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan ( Perancangan Pembangunan) Unit Perumahan Terengganu dan Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Pembangunan Dan Aset) Terengganu, Mohd Ridzuan Mohd Hashim dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan ( Latihan Dan Kerjaya) Terengganu.

No comments: