Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

22,515 Murid Tahun Satu Mula Sesi Persekolahan 2017


Seramai 22,515 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan di seluruh Terengganu, hari ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, terdapat peningkatan jumlah murid yang mendaftar pada tahun ini, berbanding 19,800 orang tahun lalu.

“Ini menunjukkan kadar kelahiran di negeri ini telah meningkat selaras dengan hasrat kerajaan negeri.

“Kita mengharapkan tahun 2017 terus mengulangi kehebatan Terengganu dalam bidang pendidikan dan kerajaan negeri akan memberi lebih fokus terutama dalam peperiksaan UPSR,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau hari pertama persekolahan sesi 2017 di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Dalam perkembangan yang sama, Ahmad Razif berkata, walaupun Terengganu berdepan dengan musibah banjir, sebahagian besar sekolah dapat memulakan persekolahan hari ini.

“Hanya 25 buah sekolah di tiga daerah tidak dibuka pada hari pertama sesi persekolahan kerana terlibat dengan banjir iaitu 22 buah sekolah di Hulu Terengganu, Setiu (2) dan sebuah di Marang.

“Disebabkan ada di antara sekolah terbabit yang dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir, terputus laluan dan keadaan sekolah yang terjejas akibat banjir memaksa sekolah-sekolah ini ditutup buat sementara waktu sehingga keadaan pulih seperti biasa,” ujarnya.

No comments: