Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UMNO Kuala Terengganu Ringankan Beban Keluarga Kurang Berkemampuan



Lebih 200 kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan di sekitar Kuala Terengganu diraikan sempena majlis berkhatan beramai-ramai di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Terengganu, hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu,  Datuk Mohd Sabri Alwi, berkata pihaknya akan memastikan pada masa- masa akan datang, acara tahunan itu dapat diperluaskan supaya golongan sasar terutama keluarga yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah dari 109 cawangan seluruh parlimen berkenaan diberi keutamaan.

"Kita akan meneruskan program tradisi  ini pada tahun seterusnya dengan mengenalpasti kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan supaya dapat meringankan bebanan keluarga masing-masing.

"Jika pada tahun lalu lebih 100 peserta terlibat. Tahun ini bilangan peserta meningkat kepada 200 orang," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan simbolik majlis anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu dengan memandikan peserta dengan pancutan air dari jentera bomba.



Turut hadir, Pegawai Pembangunan Kuala Terengganu,  Rozalina Mokhtar dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Ruslee Bidi.

Sabri berkata, pihaknya memperuntukkan RM20,000 bagi menjayakan program yang melibatkan peserta berusia 10 hingga 12 tahun itu yang berlangsung dua hari itu.

Tambahnya, bukan sahaja program berkhatan, pihaknya juga memanfaatkan musim cuti persekolahan untuk memberi bantuan tidak formal seperti menganjurkan aktiviti menggunting rambut secara percuma.

Dalam pada itu, UMNO Kuala Terengganu berterima kasih kepada semua yang terlibat termasuk Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia, Bomba, Rela dan semua kepimpinan parti di Parlimen itu.


No comments: