Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UMNO Kuala Nerus Catat Keahlian Baru Tertinggi


UMNO Kuala Nerus merupakan bahagian yang mencatat keahlian baru tertinggi iaitu dengan bilangan 2,876 ahli.

Terdahulu, Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar presiden memuji UMNO Terengganu yang telah memperoleh keanggotaan baru tertinggi  dengan 9,787 anggota setakat Oktober lalu.

Pengerusi  Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, berkata  pengiktirafan yang disampaikan perdana menteri itu memberi motivasi dan semangat kepada anggota UMNO Terengganu untuk terus bekerja lebih kuat.

“’Ucapan dasar presiden juga mampu memberi ingatan dan menyedarkan pemimpin parti bahawa formula utama UMNO kekal selama 70 tahun ialah kesetiaan kepada parti dan jika diteruskan, UMNO mampu menempuh gelombang cabaran akan datang, “ katanya.

Ahmad Razif  yang juga Menteri Besar berkata pengalaman menghadapi pelbagai krisis, menjadi pendorong kepada Terengganu untuk berusaha keras mendapatkan lebih ramai keanggotaan UMNO.
Katanya, rahmat di sebalik musibah akhirnya memberi kekuatan kepada semua jentera parti supaya lebih bersedia menghadapi pilihan raya.

“Ia hasil kerja kuat daripada semua, segala krisis dan permasalahan di Terengganu telah selesai. Jentera Terengganu berada di landasan betul dan ditahap terbaik.

“Kita tidak akan berpaling ke belakang lagi dan kita akan bergerak kerana akan menghadapi pilihan raya umum,” katanya pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


No comments: