Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UKOM Jalin Kerjasama Strategik Dengan Pengamal Media


Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) mengambil langkah proaktif membuka pintu kepada pengamal media di Terengganu untuk mengemukakan sebarang cadangan mengadakan kerjasama strategik sebagai platform menyebar luas dasar-dasar kerajaan negeri kepada umum.

Pengarahnya, Ab Rasid Jusoh berkata, jalinan kerjasama strategik UKOM dengan pemain media seluruh negeri bukan hanya sebagai perantara dalam menyampaikan info dan maklumat program barisan kepimpinan dan pegawai kanan kerajaan negeri menerusi sebaran jaringan media, malah bekerjasama mempelbagaikan program komunikasi termasuk menganjurkan acara yang boleh mewujudkan situasi `menang-menang’.   

“Matlamat dan misi UKOM ditubuhkan pastinya menjadi agensi yang mampu menterjemahkan serta memasarkan dasar dan agenda Transformasi Terengganu Baharu (TTB) supaya difahami, disokong, dihayati dan dibudayakan oleh seluruh rakyat menerusi program komunikasi.

“Pada masa yang sama, visi kita sebagai peneraju utama media yang Terkini, Tepat dan Berkualiti, selain menjadi pusat sehenti media serta menjadi teras menjayakan dan pembinaan warga negeri yang toleransi, harmoni serta inovatif.

“Kita mahu keluar dari kelaziman sedia ada dan kini kita membuka cadangan, idea serta pandangan kepada rakan media yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak sekali gus  merealisasikan matlamat penubuhan UKOM sendiri,”katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Pengarah UKOM Dengan Ketua Biro Media Terengganu, di Pejabat UKOM, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Operasi, Ruslan Abdul Rahman.

Ab Rasid berkata, pihaknya juga menyedari peranan penting pengamal media di Terengganu sudah banyak membantu menaikkan imej negeri termasuk melonjak pembangunan ke tahap yang lebih baik menerusi pelbagai kaedah promosi serta publisti yang berterusan.

Sehubungan itu juga, beliau berkata, kaedah  promosi dan publisiti mengenai pelbagai agenda, dasar serta inisiatif kerajaan selama ini juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi meningkatkan dan mengukuhkan lagi kefahaman, keyakinan serta sokongan rakyat terhadap kepimpinan negeri.







No comments: