Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tinggal Tujuh Mangsa Banjir Di SK Chendering


Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di negeri ini kini tinggal tujuh orang dari tiga keluarga, selepas 301 orang sudah kembali ke rumah masing-masing sejak petang semalam.

Portal rasmi kerajaan negeri, etindakan.terengganu.gov.my, pada 9.30 pagi ini melaporkan masih terdapat satu pusat pemindahan yang dibuka di Kuala Terengganu, iaitu di Sekolah Kebangsaan Chendering.

Dua hari lalu, sebanyak 308 mangsa daripada 77 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan banjir di Kuala Terengganu dan Kemaman berikutan fenomena air pasang besar.

Kesemua mangsa difahamkan mengambil keputusan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat-peringkat selepas air surut dan mengambil peluang membersih dan mengemas rumah masing-masing yang terjejas selepas dinaiki air.

No comments: