Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Komited Capai Kadar Kelahiran Bayi Sehingga 25,000 Setahun

Ahmad Razif dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria bersama bayi Maulidur Rasul di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamin Tengku Ismail.

Kerajaan Negeri komited dalam meningkat kadar kelahiran bayi di Terengganu sehingga 25,000 orang setahun, sekaligus berupaya mengembangkan ekonomi di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, purata kelahiran di Terengganu pada masa kini, antara 19,000 ke 20,000 setahun.

Katanya, pelbagai kempen mula dilakukan bagi meningkatkan kadar kelahiran di Terengganu seperti yang pernah dicatatkan sehingga 24,000 setahun sekitar 10 tahun lalu.

“Kempen-kempen kelahiran telahpun kita jalankan seperti memberikan insentif RM100 kepada bayi yang baru lahir ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

“Selain itu, imbuhan tambahan sebanyak RM200 diberikan bermula anak ketujuh dan seterusnya sehingga mencecah RM500 bagi mencapai sasaran sebanyak 25,000 kelahiran setiap tahun,”katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Cenderahati ‘Permata Maulidur Rasul’ Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1438H/2016M.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar.


Ahmad Razif berkata, dengan pertambahan kadar kelahiran di Terengganu juga akan dapat menyelesaikan isu pertukaran guru ke negeri ini yang dianggap sangat kritikal.

Beliau berkata, sebagai contoh di Johor, pertukaran guru amat mudah dilakukan kerana kadar kelahirannya sangat tinggi iaitu sehinggakan 60,000 orang setahun.

Tambahnya, kadar kelahiran yang menurun di negeri ini mungkin antara sebabnya adalah permasalahan dari segi untuk mendapatkan tempat asuhan kanak-kanak.

“Disebabkan itu, kerajaan negeri kini sedang memikirkan untuk menambahnilaikan lagi dalam program ‘Home Manager’ serta menyediakan tempat-tempat seperti taska dan sebagainya.

“Ini bagi memudahkan terutama kepada ibu bapa yang bekerja untuk meninggalkan anak-anak mereka di samping dapat menyediakan peluang pekerjaan baru kepada rakyat Terengganu,” katanya.

No comments: