Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Hantar Pasukan Wanita Sertai Liga Hoki Malaysia Tahun Depan


Kerajaan negeri buat pertama kalinya akan menghantar pasukan hoki wanita untuk menyertai Liga Hoki Malaysia (LHM) pada Januari tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato'Rozi Mamat berkata,ini merupakan satu sejarah dan penghargaan untuk golongan wanita yang bakal bermain dalam liga tersebut.
"Bagi pemilihan pemain untuk peringkat pertama ini,para pemain dipilih dari kalangan pelajar dan lepasan Sekolah Sukan Terengganu (Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nenas, Setiu) selain peserta Sukan Malaysia (SUKMA).
"Untuk hoki wanita ini,kita menyasarkan untuk berada di empat tempat teratas dalam liga dan dapat menyamai tahap yang ditunjukkan oleh pasukan lelaki,"kata Rozi.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berkhatan Perdana peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong di Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh, Telemong, semalam.
Menurut Rozi lagi, peruntukan untuk pasukan hoki telah disalurkan melalui Tabung Sukan Negeri yang baru dilancarkan dua bulan lepas.
"Pihak kami serahkan peruntukan ini kepada persatuan hoki untuk agihan perbelanjaan dan layanan yang sama perlu dilaksanakan sama seperti pasukan hoki lelaki.
"Kita tidak mahu mendengar layanan atau agihan yang tidak sama kerana mereka adalah pasukan yang akan bermain untuk Terengganu...jadi adalah wajar mereka ini mendapat apa yang pasukan hoki lelaki dapat selama ini,"katanya lagi.
Menurut Rozi, Tabung Sukan Negeri yang dilancarkan baru-baru ini di khususkan untuk empat sukan teras iaitu basikal, bola sepak, acara berkuda dan hoki.
"Kita juga nak ucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang Tabung Sukan Negeri sejak ia dilancarkan kerana peningkatan sumbangan sebanyak RM 35 juta berbanding yang RM23 juta tahun lalu,"katanya.

No comments: