Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tawaran Diskaun 50 Peratus Untuk Program ‘EduTourism’

Pengusaha homestay tempatan bakal menawarkan diskaun menarik sehingga mencecah 50 peratus untuk program ‘EduTourism’ sebagai menyokong usaha kerajaan negeri menggalakkan kedatangan pelancong luar ke negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

Pengerusi Homestay Negeri Terengganu, Md Azmi Abd Aziz berkata, beberapa universiti di Indonesia memberikan maklum balas positif terhadap tawaran itu melalui mesyuarat kerjasama yang diadakan baru-baru ini.

Antaranya, Universitas Brawijaya, Universitas Muhammadiyah, Dinas Pendidikan Kota Malang, Direktorat Brawijaya Smart School dan wakil Walikota Kota Malang.

“Dalam usaha merealisasikan program ‘EduTourism’ dan pertukaran pelajar, tawaran diskaun ini bakal dinikmati pelajar luar yang mengadakan lawatan sambil belajar di negeri ini.

“Disamping melawat tempat menarik dan melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan di inap desa yang mereka tinggal, menerusi pakej menarik ini juga mereka berpeluang berkunjung ke sekolah dan universiti berdekatan kerana semua urusan pengangkutan, makan minum akan disediakan pihak kami,’’ ujarnya kepada Teganukita, hari ini.


Dalam perkembangan lain katanya, seramai 21 pelajar negeri ini telah mengikuti program pertukaran pelajar dengan SMA Brawijaya Smart School, Indonesia pada 13 hingga 18 Disember lalu.

“Peluang sebegini amat berfaedah bagi pelajar untuk mempelajari tradisi kehidupan, kebudayaan, mendekati cara pembelajaran dan mengenal le­bih dekat lagi kehidupan harian penduduk negara jiran itu,”ujarnya.


No comments: