Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sumbangan RM170,000 Untuk Persediaan Persekolahan 2017 Kepada Keluarga PGA Gong Badak

Ahmad Razif melontar bola petaque sebagai simbolik merasmikan majlis penutup Kejohanan  Petanque Terbuka Batalion 9, PGA Gong Badak, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah

Kerajaan negeri bersetuju menyediakan sumbangan berjumlah kira-kira RM170,000 sebagai bantuan persediaan persekolahan bagi sesi 2017 kepada keluarga anggota Pasukan Gerakan Am, Gong Badak, pada penghujung tahun ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata bantuan kepada 556 pegawai dan anggota PGA itu sebagai menghargai jasa dan peranan pasukan keselamatan berkenaan yang bertugas tanpa mengira masa mahupun waktu demi memastikan keamanan terpelihara serta rakyat negeri ini selamat melakukan aktiviti seharian.

"Saya sentiasa memikirkan bagaimana cara untuk membantu anggota PGA ini, jika bantuan persekolahan yang diterima rakyat biasa, anggota PGA pastinya tidak layak berdasarkan syarat pendapatan mereka, jadi kita menerusi GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) akan memberikan menerusi CSR (tanggungjawab sosial korporat) mereka.

"Kita akan menyediakan sumbangan ini kepada semua tanpa mengira anggota dan pegawai yang mempunyai anak sekolah ataupun tidak, sebagai membalas jasa anggota PGA selama ini,"katanya. 

Beliau berkata demikian di majlis penutup Kejohanan Petanque Batalion 9 PGA, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Supritendan Mohd Abduh Ismail dan Penolong Pegawai Pemerintah, Deputi Supritendan Ibrahim Pawan.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga akan mengenalpasti beberapa kemudahan lain seperti menawarkan rumah untuk anggota PGA menerusi projek kerajaan negeri dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang melibatkan 300 unit rumah di kawasan berkeluasan 12 hektar, di Tok Jembal, Kuala Nerus.

Katanya, pihaknya akan mengenalpasti dan menilai semula kadar peratusan yang akan ditawarkan kepada anggota PGA untuk memiliki rumah yang bernilai antara RM150,000 hingga RM300,000 itu nanti.

Tambahnya, projek perumahan lain termasuk menawarkan kediaman menerusi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di kawasan 2.4 hektar bersebelahan bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Gong Badak yang akan dimajukan tidak lama lagi.

"Kita juga akan membina rumah PPA1M untuk penjawat-penjawat awam. Jadi PGA juga boleh memohon dengan mendapat subsidi sehingga RM30,000 setiap unit rumah," katanya. 


No comments: