Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sukan Bermandi Lumpur DUN Jabi Meriah




Suasana meriah dan riuh-rendah mewarnai Kampung Lubuk Paku, Jabi, Besut,  sempena Program Sukan Rakyat D' Baroh Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi Parlimen Setiu, semalam.

Lebih 2,000 penduduk sekitar termasuk peserta menjayakan program yang pertama kali diadakan dengan pengisian acara seperti menangkap ikan, pukul bantal, bola baling, bola jaring, lumba kubota dan tangkap itik di petak tanaman padi yang dipenuhi air dan berlumpur.


Program bertujuan mendekatkan generasi muda dengan sukan tradisional dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk.

Pengerusi penganjur, Mohd Fahami Zakaria berkata, program anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kerandang dan Kampung Tempinis itu pertama kali diadakan dan sambutannya amat mengalakkan.

"Lebih 2,000 hadir termasuk 300 peserta sukan. Program yang bertemakan menghayati kehidupan desa ini menampilkan 14 acara sukan dan penyertaan daripada penduduk dari enam buah kampung amat mengalakkan.





"Kita akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan sekiranya mendapat persetujuan pemimpin atasan kerana ia banyak membantu ke arah perpaduan dan merapatkan hubungan di kalangan penduduk sekitar, selain mengekalkan sukan tradisi di kalangan generasi muda, "katanya.

No comments: