Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sedia RM2.2 Juta Untuk Persatuan Belia


Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM2.2 juta untuk bantuan pentadbiran kepada persatuan belia yang aktif di seluruh negeri tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, peruntukan tersebut melibatkan hampir 431 persatuan belia dan berdaftar dengan Majlis Belia Negeri (MBN).
"Ini telah dibentangkan oleh Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika bajet sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lalu bahawa semua persatuan belia yang aktif di negeri ini akan menerima bantuan pentadbiran sebanyak RM5,000.
"Bantuan pentadbiran tersebut akan mula disalurkan oleh kerajaan negeri mulai tahun depan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis berkhatan perdana peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, semalam.

Pada majlis itu, seramai 80 peserta diarak menaiki 30 beca sejauh kira-kira dua kilometer bermula daripada Padang Bola Kampung Kuala Mejing ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gemuroh.
Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat.
Rozi yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Telemong berkata, peruntukan itu bertujuan untuk pengurusan pentadbiran persatuan belia membeli keperluan alat tulis, perbelanjaan makanan serta minuman ringan ketika mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa.
"Saya harap persatuan belia yang ada lebih aktif dan buat pelbagai program di peringkat akar umbi untuk menggerakkan belia yang ada di kampung-kampung.
"Manfaatkan sebaiknya peruntukan yang diberi bagi melahirkan belia yang berdedikasi dan seterusnya mengurangkan penglibatan belia dalam masalah sosial,"kata Rozi lagi.

No comments: