Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Rimba Hotel Tawar Hidangan Tradisi Sempena TMT 2017


Rimba Hotel anak syarikat Rimba Jaya Development Sdn Bhd menyokong penuh usaha kerajaan negeri dalam mempromosi masakan tradisional Terengganu khususnya sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.

Pengurus Rimba Jaya Development Sdn Bhd, Cheah Eu Jon berkata, bagi memberikan kelainan dalam industri makanan dan minuman tempatan, menerusi restoran D’Rimba Bistro yang terletak di Kuala Nerus, pihaknya tampil memperkenalkan pelbagai menu masakan tradisional Terengganu yang hampir pupus ditelan zaman.

“D’Rimba Bistro menyediakan kira-kira 10 hidangan tradisional Terengganu yang mungkin tidak dikenali generasi sekarang pada setiap hari.

“Contohnya, perut ayam, beka ubi kayu, apam berkuah, ceylong ikan dan pelbagai lagi yang akan ditukar ganti pada setiap bulan,” ujarnya kepada pemberita pada Majlis Hi-Tea Mempromosi Makanan Tradisional Terengganu Sempena TMT 2017 di hotel itu, semalam.


Katanya, pihaknya berbesar hati ingin menjadi perintis dalam memperkenalkan makanan tradisional Terengganu yang disediakan Chef Mohd Ariffin yang pakar dalam menyediakan menu masakan Terengganu.

“Harga yang ditawarkan untuk hidangan tradisi di hotel ini amat berpatutan dari serendah RM3 hingga RM8,” ujarnya.

Menurut beliau, selain restoran D’Rimba Bistro, Hotel Rimba yang mempunyai 70 buah bilik dan mula beroperasi 24 Disember tahun lalu turut menyediakan kemudahan dua buah dewan.

No comments: