Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PT3 : Terengganu Catat Peningkatan Semua A



Seramai 1,093 atau 5.27 peratus daripada 20,739 pelajar yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 di Terengganu memperoleh semua A.

Jumlah memperoleh semua A itu meningkat sebanyak 394 orang berbanding 699 atau 3.37 peratus pada tahun lalu.

SM Imtiaz Yayasan Terengganu muncul antara sekolah terbaik negeri apabila 77 daripada 109 pelajar atau 70.64 peratus calon memperolehi semua A.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang, berkata jumlah peratusan yang berjaya merekodkan keputusan semua A daripada seluruh sekolah di Terengganu meningkat daripada 699 orang calon tahun lalu kepada 1,093 atau 56.37 peratus tahun ini.

“Peningkatan pencapaian itu berikutan guru yang mengajar mengikut format sistem kurikulum yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Selain itu saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada daerah Marang yang menunjukkan pencapaian terbaik di peringkat negeri,” katanya kepada Teganukita, hari ini.

Selain itu, A. Latiff berkata,  calon PT3 juga sudah mula menguasai tahap pembelajaran dengan baik. Bagaimanapun, secara keseluruhannya, subjek Matematik dan Bahasa Inggeris Penulisan masih di tahap lemah dan memerlukan lebih tumpuan pada masa depan.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan juga kepada pengetua dan guru-guru seluruh Terengganu yang memberi komitmen sangat baik terhadap prestasi semasa ini.

Untuk rekod, pelajar Tingkatan Tiga yang menduduki PT3 sejak 2014, ditaksir melalui empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan PT3.

PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara di Tingkatan Tiga bagi menilai pencapaian akademik calon dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah.

Melalui PT3, calon ditaksir untuk melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir sesuatu program pembelajaran. Pelaksanaan PT3 mengambil kira instrumen dan panduan penskoran setara yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) manakala pentadbiran dan penskoran oleh guru di sekolah masing-masing dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh LP.



No comments: