Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Program Kayuhan Muhibah Jumaat Ini

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengadakan Program Kayuhan Muhibah pada 30 Disember ini sebagai salah satu gimik pra pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2017.

Pengarah Korporat, Kemasyarakatan dan Kualiti MBKT, Nur Kamilah Hamzah berkata, program tersebut akan bermula di Dataran Batu Burok dan berakhir di lokasi yang sama.

“Ianya terbuka kepada pelbagai agensi dan orang ramai yang berminat untuk menyertai aktiviti kayuhan.

“Laluan berbasikal sempena Program Kayuhan Muhibah akan dibuka sehala melibatkan beberapa jalan utama di bandaraya ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, laluan dewasa sejauh 20 kilometer (km) yang bermula di Batu Burok melibatkan Jalan Sultan Zainal Abidin menghala ke Pasar Payang, Kampung Cina, Jalan Sultan Ismail, Batas Baru, Jalan Kemajuan, Susur Duyong (pusingan-U), lampu isyarat Bukit Besar, Jalan Kamaruddin dan kembali ke Batu Burok.

“Manakala laluan untuk VIP dan kanak-kanak dengan jarak tujuh km yang juga bermula di Batu Burok akan melalui jalan berhampiran Hotel Primula, Chicken Cottage ke Jalan Sultan Sulaiman, Bulatan Ladang dan seterusnya berpatah ke Hotel Primula sebelum berakhir di Batu Burok,” ujarnya.

No comments: