Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Prinsip Wala Mampu Perkukuh Jentera Parti


Ahmad Razif bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim
 Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman menegaskan prinsip `wala’ yang ditekankan Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Abd  Razak perlu diterjemahkan dalam perbuatan setiap anggota parti.

Katanya, prinsip wala’ akan menguatkan ukhwah dalam kalangan anggota parti yang seterusnya membantu mencipta jentera yang lebih kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -14.


“Kata-kata setia sahaja tak boleh, ia mesti disusuli dengan perbuatan. Sebab itu kita perlu terus bekerja dalam satu pasukan untuk mencapai kemenangan pada PRU akan datang,” katanya ketika mengulas ucapan dasar presiden selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.


Terdahulu Najib dalam ucapan dasar presiden berkata UMNO mampu bertahan sehingga hari ini kerana amalan prinsip wala’ dan kesetiaan dalam tradisi UMNO.

Prinsip wala’ UMNO katanya membawa maksud nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan bai’ah yang wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan di dalam konteks UMNO iaitu presiden parti manakala bagi kerajaan ialah Perdana Menteri.


Ahmad Razif berkata kesetiaan itu merupakan tulang belakang kepada kerajaan dalam membantu meneruskan agenda memperkasakan rakyat.

“Saya berdoa nilai kesetiaan ini tidak akan terhakis dan berharap generasi muda akan datang berpegang teguhlah kepada nilai ini kerana kalau kita jadi ahli parti politik, kesetiaan inilah yang menentukan segala-galanya,” katanya.


No comments: