Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PLUS Belanja RM5 Juta Baik Pulih Pagar


Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada Majlis Penyampaian Kelengkapan Sekolah "Kembali Ke Sekolah 2017", di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Projek  Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) terpaksa membelanjakan  kira-kira RM5 juta sejak  Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dibuka  bagi membaik pulih pagar yang dirosakkan secara sengaja oleh penternak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Pegawai Operasi PLUS,  Mohammad Fuad Khusairi berkata alasan kononnya rumput di kaki lima Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) lebih segar dan sesuai untuk ternakan termasuk lembu dan kambing mendorong segelintir penternak bertindak  memotong pagar LPT2 bagi memberi kemudahan kepada ternakan mereka meragut rumput di kawasan berkenaan.

“Mereka masih aktif melakukan kerja itu,  walaupun pelbagai amaran dan peringatkan dikeluarkan.

 "Pada tahun hadapan, PLUS akan mempertingkatkan rondaan di kawasan yang kerap berlaku kerosakan pagar bagi memastikan perbuatan itu tidak berulang," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Kelengkapan Sekolah "Kembali Ke Sekolah 2017", di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Hadir menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah kepada 1,000 pelajar di daerah itu Menteri Besar  Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong.

Fuad berkata, dia berharap semua pihak prihatin dalam memastikan pagar di LPT2 itu tidak dirosakkan bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya.

 "Kerosakkan pada pagar di LPT2  bukan sahaja menyebab ternakan seperti lembu dan kambing melintas malah dibimbangi haiwan liar seperti babi juga berpotensi menggunakan laluan sama untuk melintas.


 "Risiko kemalangan di LPT2 secara tidak langsung akan meningkat sekiranya pagar di kawasan itu rosak," katanya.

No comments: