Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pesilat Negara Terima Lot Tanah



Razak dan Siti Rahmah menerima sumbangan dari kerajaan negeri berjumlah RM16,500 serta satu lot tanah kediaman setiap seorang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.


Kerajaan negeri menyerahkan ganjaran berupa lot tanah kediaman dan wang tunai sebanyak RM16,500 seorang selepas kejayaan mengharumkan nama Malaysia.

Pesilat negara, Razak Ghazali dan Siti Rahmah Mohd Nasir masing- masing berasal dari Kuala Terengganu, menyumbang dua pingat emas buat negara yang di Kejohanan Pencak Silat Dunia 2016 yang berlangsung di Bali, Indonesia pada 5 hingga 10 Disember lalu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman  berkata,  dengan kejayaan terbaru oleh atlet berkenaan bermakna Terengganu tidak ketandusan melahirkan jaguh sukan yang hebat dan tidak tertumpu pada bidang sukan tertentu sahaja.

“Kebelakangan ini, sukan-sukan lain seperti sukan lasak dan sebagainya mula mendapat tempat di Terengganu. Ini bermakna Terengganu boleh dikatakan tempat melahirkan atlet-atlet negara.

“Dengan kejayaan dua pesilat ini, sudah tentu kita akan masukkan sukan silat sebagai salah satu lagi sukan yang akan menjadi tumpuan kerajaan negeri,” katanya.


Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Insentif Kepada Juara Pesilat Olahraga Dunia di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat dan Yang Dipertua Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Negeri Terengganu, Dato’ Rosol Wahid.

Dalam majlis yang sama, jurulatih silat Terengganu, Shahrul Fahmi Abu Bakar turut menerima insentif sebanyak RM9,000 dan seorang lagi pesilat Terengganu, Mohamed Khusairy Azhar yang berjaya ke suku akhir kejohanan itu pula menerima RM1,500.

Tambah Ahmad Razif, selain daripada sukan silat, kerajaan negeri akan menimbang untuk memberi tumpuan kepada sukan permotoran berdasarkan prestasi kejayaan acara itu.

“Sukan permotoran juga mungkin akan diberi perhatian hasil daripada kejayaan atlet cilik permotoran, Qabil Irfan Azlan yang baru berusia empat tahun namun telah mencipta nama pada kejohanan di Johor baru-baru ini apabila muncul sebagai pemenang tempat ketiga.

“Ini bermakna sukan-sukan di Terengganu mempunyai potensi yang sangat bagus dan akan memberi banyak peluang kerjaya kepada anak-anak Terengganu yang banyak mencipta nama di peringkat dunia,” katanya.

No comments: