Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Perkenal MQ mQuit Services, Elak Ketagihan Merokok

Sebanyak 39 Klinik Kesihatan (KK) dan tiga hospital di Terengganu menyediakan Perkhidmatan Berhenti Merokok (MQ mQuit Services) bertujuan merawat perokok daripada terus ketagihan nakotin.

Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, seramai 287 perokok telah mendaftar  dan 63 daripadanya berjaya direkodkan berhenti.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Muhammad Omar berkata, antara klinik yang menunjukan prestasi cemerlang dalam menawarkan perkhidmatan itu, termasuk KK Padang Luas, Besut.

"Klinik kesihatan lain, KK Kuala Berang, Hulu Terengganu dan KK Padang Hiliran, Kuala Terengganu di mana masing- masing merekodkan hampir 50 peratus daripada jumlah yang mendaftar berjaya mengawal ketagihan merokok.

"Disarankan supaya semua klinik kesihatan dan juga hospital memperkukuhkan perkhidmatan ini dengan memastikan anggota terlatih , peralatan dan kemudahan mencukupi dalam mengendali setiap kes yang berdaftar," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran MQ mQuit Services, di KK Padang Hiliran, Kuala Terengganu, petang semalam.

MQ mQuit Services turut menyediakan talian Quitline yang membolehkan pelanggan mendapatkan kaunseling dan khidmat nasihat melalui telefon.

No comments: