Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penduduk Kampung Sambut Baik Penganjuran Batangan Jamboree 2016



Petugas membersihkan kawasan sebagai persiapan penmganjuran program Batangan Jamboree 2016, Sabtu ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Penduduk Kampung Batangan, Marang, menyambut baik usaha kerajaan dan penganjur program Batangan Jamboree 2016 (BJ16), Sabtu ini kerana mampu memperkenalkan kampung mereka kepada masyarakat dalam dan luar negara, sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Batangan, Wahid Mat Dahan, amat teruja dan gembira apabila kerajaan negeri melalui Sekretariat Beautiful Terengganu memilih kampung tersebut sebagai lokasi utama program yang dijangka akan menarik kira-kira 2,000 peserta dan pengunjung dari dalam dan juga luar negara.

Katanya, program yang pertama kali diperkenalkan di Terengganu itu secara tidak langsung dapat mempromosikan tarikan serta produk kampung secara meluas.

Wahid Mat Dahan
“Kampung Batangan terkenal dengan produk manisan seperti dodol daun palas, manisan kampung dan gula-gula kelapa yang dihasilkan oleh penduduk kawasan ini.

“Dengan adanya program sebegini, ianya dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat,”katanya yang ditemui Teganukita, hari ini.

Tambahnya, persiapan bagi menjayakan program itu sedang giat diatur dan berkeyakinan acara itu akan berjalan lancar serta mendapat sambutan baik.

Menurutnya, sehingga kini, persiapan tempat sudah siap hampir 80 peratus termasuk menyediakan tiga tapak parkir untuk pengunjung.

“Saya berharap program ini akan berjalan lancar dan bakal menjadi perangsang untuk menganjurkan program yang sama pada tahun hadapan,” katanya.

Bagi Pengerusi Majlis Belia Daerah Marang, Amirullah Othman pula menyifatkan BJ16 yang julung kalinya diadakan itu adalah satu penghargaan bagi golongan belia setempat termasuk di Marang, apabila daerah itu dipilih untuk penganjuran  program itu.

Amirullah Othman
“Saya kira ini adalah satu penghormatan kepada kami selaku belia di Marang yang juga merupakan peserta dalam program apabila Kampung Batangan dipilih sebagai venue utama BJ16 ini.

“Ianya secara tidak langsung dapat menaikkan nama Batangan itu sendiri  dan menjadi lokasi pilihan terbaik untuk penganjuran sukan lasak serta ekstrim di persada antarabangsa apabila terdapat peserta dari luar negara di kejohanan ini nanti,” katanya.

No comments: