Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PAU 2016: Perlu Calon Orang Muda Pada PRU Ke-14



Bekas Ahli Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga dikenali sebagai ‘giant killer’  cukup bersetuju dengan cadangan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO mahu mengetengahkan calon orang muda dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

"Golongan itu sewajarnya diberi peluang menjadi pemimpin kerana pastinya banyak idea untuk membawa perubahan dalam parti, termasuk membangun negara sejajarnya perubahan zaman teknologi,"katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar berkata memandangkan majoriti besar pengundi di negara ini adalah golongan belia, sewajarnya golongan itu diberi peluang.


"Calon generasi muda ini penting kerana rakyat mahu melihat lebih ramai muka baharu, bukan semua kerana kita masih lagi menghargai tokoh-tokoh pemimpin yang banyak pengalaman.

"Cuma kita mahu lihat gandingan mereka yang ada pengalaman dengan calon yang dikatakan mewakili generasi muda pada PRU nanti," katanya.


No comments: