Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pasar Baru Bukit Payung Bernilai RM750,000 Beri Keselesaan


Kerajaan membelanjakan kira-kira RM750,000 bagi membangunkan Pasar Baru Bukit Payong yang lebih strategik dan selesa untuk kemudahan penduduk sekitar.

Premis perniagaan yang dibina di bekas tapak gelanggang futsal dan dilengkapi 69 lot gerai menjadi pusat jual-beli utama penduduk di sekitar Bukit Payong, Marang dan juga Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains,Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri,  A.Latiff Awang, berkata kemudahan prasarana yang dibina untuk keselesaan semua khususnya peniaga dan pembeli di sekitar kawasan itu perlu dijaga dengan sebaiknya termasuk meningkatkan aspek kebersihannya.

“Kerajaan membelanjakan jumlah yang besar untuk menyediakan kemudahan bagi keselesaan semua berurusniaga. Apa salahnya jika kita sama-sama memupuk kesedaran dan menjaga aspek kebersihan, di mana peniaga umpamanya, perlulah senriasa mengeringkan air limpahan ikan di tapak jualan masing-masing agar keadaan lebih selesa dan selamat untuk pengunjung.

“Pada masa yang sama, susun atur barangan jualan perlu kemas dan menarik agar menjadi tarikan pembeli, kerana ia juga memberi kemudahan kepada pelanggan memilih barang yang mereka mahukan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Pasar Pekan Bukit Payung, Marang, kelmarin.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM), Rozali Salleh.



A. Latiff yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, MDM turut membekalkan tong sampah kepada penjual supaya tahap kebersihan pasar dapat dijaga terutamanya di kawasan barangan basah,  bahan mentah dan gerai makan.

Beliau juga mahu peniaga supaya menyahut saranan MDM untuk menjadikan Pasar Baru Bukit Payong sebagai pasar contoh di Daerah Marang khususnya dari aspek kebersihan.

Tambah beliau, kos keseluruhan pembinaan pasar itu menelan belanja hampir RM470,000, manakala, kos pampasan gelanggang futsal pula melibatkan kira-kira RM280,000.

“Kepada semua penjual, bayaran sewa hendaklah dibayar setiap bulan. Jika terdapat tunggakan selama tiga bulan bayaran sewa, tindakan akan dikenakan iaitu sewaan premis akan ditarik balik sepertimana perjanjian,”katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan peniaga supaya tidak membuka petak tambahan di gerai yang sedia ada kerana tindakan itu boleh mengganggu penjual lain dan menjejaskan keselesaan pengunjung.


No comments: