Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MITI Sasar 10 Peratus PKS Di Sektor Perkilangan Menjelang 2020

Maslan (depan) bersama Nawi (dua dari kiri) dan Roslee (paling kiri) ketika mengadakan lawatan ke Syarikat PRM Foods Marketing Sdn Bhd di Marang, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasarkan pertambahan empat peratus menjadikan keseluruhan 10 peratus pembabitan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perkilangan menjelang 2020.

Timbalan Menterinya, Dato’ Ahmad Maslan berkata, penguasaan u­sahawan PKS dalam sektor perkilangan masa sekarang, masih rendah apabila hanya enam peratus.

“Kita menyasarkan jumlah penyertaan usahawan PKS Bumiputera dalam sektor perkilangan mampu meningkat kepada 10 peratus menjelang 2020 berbanding hanya enam peratus pada masa ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Syarikat PRM Foods Marketing Sdn Bhd di Marang, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan , Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad; Pengerusi Lembaga Pengarah, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Roslee Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp Malaysia, Dato’ Hafsah Hashim.


Menurut beliau, terdapat sebanyak 645,000 PKS di negara ini dengan hanya 37 peratus (238,650) adalah PKS Bumiputera dan daripada jumlah itu hanya enam peratus terlibat dalam sektor perkilangan.

“Selebihnya, banyak terlibat dalam sektor perkhidmatan seperti restoran, kedai runcit dan bengkel membaiki kenderaan.

“Melalui bimbingan daripada agensi kerajaan dibawah kementerian, kita yakin jumlah itu akan meningkat kepada 10 peratus,” katanya.

Ahmad berkata, PKS perlu memberi tumpuan kepada tujuh kriteria penilaian melalui konsep Penarafan Daya Saing PKS bagi Peningkatan (SCORE) oleh SME Corp.

“Tujuh kriteria itu ialah kekukuhan kewangan, prestasi perniagaan, sumber manusia, pemerolehan, penerapan teknologi, pensijilan dan kehadiran pasaran.

“Setakat ini, 40,000 daripada 645,000 PKS telah dibuat penilaian SCORE dan bantuan akan diberi kepada mereka mengikut keperluan dan kategori bintang yang diperoleh dalam penilaian itu,” katanya.

No comments: