Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MBKT Serius Tangani Iklan Haram


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memandang serius kebanjiran iklan haram di kawasan pentadbirannya dengan mengambil pelbagai inisiatif serta tindakan bagi menangani masalah itu.

Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir individu itu bukan sahaja mencemarkan pemandangan malah menyukarkan pihak MBKT melakukan krja-kerja mengindahkan bandaraya Kuala Terengganu khususnya sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

Menurut beliau, kebanyakan iklan haram terbabit melibatkan pinjaman wang, membaiki atau memasang paip, perkhidmatan kereta sewa dan sebagainya yang dipasang di kawasan tumpuan awam termasuk tiang lampu isyarat, papan tanda jalan dan sebagainya.

Katanya, antara lokasi yang menjadi tumpuan pihak terlibat adalah di sekitar Jalan Batu Burok, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tok Lam, Kampung Cina, Jalan Balik Bukit dan Pasir Panjang.

“Baru-baru ini sahaja, MBKT telah membuang dan menanggalkan kira-kira 3,000 hingga 6,000 iklan haram atau tidak mendapat kelulusan MBKT dalam tempoh sebulan.

“Kita serius dalam penguatkuasaan bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab menampal, memasang atau menggantung iklan-iklan tanpa kelulusan dan memastikan hanya yang benar-benar mendapat kebenaran sahaja memasang iklan di tempat yang dikhususkan,” katanya.

Beliau berkata, pemasangan iklan tanpa kebenaran tertakluk kesalahan di bawah Perkara 6 (1) Undang-Undang Kecil Iklan MBKT 1982.

Menurut beliau, antara usaha yang dibuat bagi membendung gejalan tersebut termasuk melalui penguatkuasaan yang dijalankan setiap hari pada hari bekerja.

“Secara purata dalam sehari pihak kami membuang lebih kurang 100 keping iklan yang tidak mendapat permit dengan bantuan empat hingga lima orang anggota penguatkuasa yang bertugas.

“Bagi mereka yang mahu mengiklankan produk atau perkhidmatan serta mengadakan promosi, sepatutnya mereka perlu dapat permit daripada MBKT terlebih dahulu sebelum menggantung kain rentang dan sebagainya,” katanya.

No comments: