Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Majukan Tanah Terbiar Untuk Pertanian Dan Penternakan

Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan penternakan yang dilihat amat berpotensi untuk dikembangkan secara komersil di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri serta Jabatan Pertanian Negeri sedia memberi inisiatif kepada penternak dan petani yang berdaya maju untuk mereka mengusahakan tanah-tanah terbiar yang ada.

“Masih banyak tanah-tanah yang boleh diusahakan sebagai ladang penternakan dan kita akan terus memberi sokongan kepada golongan ini untuk membangunkan tanah secara sewaan atau sebagainya supaya dapat menjana pendapatan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan yang penting akan memberi keuntungan kepada mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian pembukaan Ladang NFK Prima Farm dan Penyerahan kambing Akikah di kampung Tebakang, Bukit Payong, hari ini.
Katanya, kerajaan negeri ingin menggalakkan orang ramai menjadikan sektor pertanian dan penternakan sebagai bidang keusahawanan.
“Kita mengharapkan lebih ramai lagi selepas ini pengusaha-pengusaha menjalankan penternakan seperti kambing contohnya, supaya negeri Terengganu terus berkembang menjadi pengeluar produk berasaskan daging sekali gus berupaya memenuhi keperluan yang masih belum mencukupi dalam sektor ini.

“Malah, kita menggalakkan mahasisiwa lepasan universiti khususnya mengambil peluang ini yang terbukti memberi pulangan lumayan kepada mereka yang komited mengusahakannya,” ujarnya.

Sementara itu, A.latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkalan Berangan turut memuji usaha tiga anak muda yang menubuhkan NFK Prima Farm sebagai pembekal kambing utama pantai Timur.

“Ini merupakan satu perkembangan yang sihat. Kita mengharapkan NFK Prima Farm terus berkembang maju dalam menjalankan perniagaan sebagai pembekal dan penternak kambing baka, pembekal daging kambing segar dan sejuk beku dan juga sebagai pembekal makanan dan peralatan penternakan,” ujarnya.

No comments: