Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Lima Projek Mega Di Besut Laksana Tahun Depan


Impian penduduk Besut ingin melihat proses pembangunan daerah itu berubah akan menjadi kenyataan apabila lima projek mega akan dilaksanakan bermula tahun depan.
Antara projek terbabit ialah Gerbang Pelancongan Antarabangsa, Taman Ilmu, Jertih Souq, Lebuh Raya Keruak/Gunong Bongsu dan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian.
Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih, Dato' Muhamad Pehimi Yusof berkata, sebahagian besar projek terbabit adalah projek lama yang terbengkalai dan tertangguh.
Katanya, kerajaan akan memastikan semua projek terbabit dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar mengikut jadual dan tidak lagi terbengkalai.
"Ia menjadi harapan besar penduduk Besut yang ingin melihat supaya semua projek terbabit menjadi kenyataan," katanya kepada media selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Besut di Jertih, baru-baru ini.
Mengenai pembangunan Jertih Souq beliau berkata, sebuah pasar dan perhentian bas baru akan dibina bagi kemudahan peniaga kecil dan penumpang bas.

No comments: