Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Belanja RM40.9 Juta Untuk Dana Bantuan Persekolahan


Sejumlah RM40.9 juta peruntukan Dana Bantuan Persekolahan oleh kerajaan negeri telah dinikmati lebih 410 ribu orang pelajar seluruh Terengganu sejak 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, peruntukan tersebut meningkat setiap tahun berikutan jumlah penerimanya yang turut bertambah iaitu 94,966 orang pada 2014 kepada 10,988,000 orang untuk tahun hadapan.

Katanya, bagi sesi persekolahan tahun 2017, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM11 juta bagi pemberian Dana bantuan Persekolahan.

“Pemberian sebanyak RM100 seorang diberikan kepada penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Ianya bagi meringankan beban ibu bapa terutama yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.

Katanya, bantuan persekolahan ini diagihkan kepada keluarga yang berpendapatan bulanan bawah RM2,000 dan pelajar berumur antara tujuh hingga 17 tahun bagi sesi persekolahan tahun 2017.

“Kaedah pengagihan secara tunai diagihkan oleh Pejabat Daerah melalui majlis pengagihan yang diselaraskan mengikut DUN masing-masing bermula 11 disember lalu.

 “Ianya bagi memastikan bantuan ini digunapakai dengan sebaik-baiknya untuk mendapatkan pakaian sekolah sebelum bermula sesi persekolahan 2017," ujarnya.

No comments: