Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jumlah Mangsa Banjir Di Kemaman Meningkat


Jumlah mangsa banjir di Kemaman meningkat kepada 89 mangsa melibatkan 21 keluarga setakat jam 11.30 pagi ini, berbanding 63 mangsa daripada 16 keluarga yang dipindahkan sehingga tengahari semalam.

Menurut portal etindakan.terengganu.gov.my, kesemua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir  iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemasik dan  Balai Raya Kampung Padang Kemunting, Kemaman.

Seramai 57 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke SMK Badrul Alam Shah, Kemasik dan 32 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Padang Kemunting.

No comments: