Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

JPNT Galak Pelajar Aktif Kokurikulum


Sebanyak 44 buah sekolah dari seluruh negeri ini mengambil bahagian dalam Perarakan Apresiasi Kokurikulum Pendidikan dan Pertandingan Pancaragam Sekolah Menengah Negeri Terengganu yang berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata, program kali kedua dianjurkan Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPNT itu antaranya bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum bermula di peringkat negeri, kebangsaan sehingga ke antarabangsa.
“Selain mengutamakan akademik, kita juga menggalakkan pelajar terlibat dalam bidang kokurikulum. Apabila mereka menyertai program sebegini contohnya, secara tidak langsung mereka dilatih tentang displin, kerja berpasukan dan sebagainya.
“Tahun ini berlaku peningkatan dimana seramai 3000 pelajar menyertai perarakan yang bermula di Taman Awam Batu Burok,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Perarakan Apresiasi Kokurikulum Pendidikan dan Pertandingan Pancaragam Sekolah Menengah Negeri Terengganu di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin.
Shafruddin berkata, pihaknya turut mengharapkan kerajaan negeri menyokong perarakan ini dijadikan acara tahunan.
“Pada masa yang sama, kita hendak menjayakan Tahun Melawat Terengganu 2017. Kalau dapat dimasukkan dalam kalendar ianya selari dengan hasrat kita,” ujarnya.

Pada pertandingan pancaragam itu, juara disandang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ajil Hulu Terengganu, SMK Sultan Sulaiman Kuala Terengganu (naib juara) dan SMK Tengku Mahmud Besut (ketiga).

No comments: