Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

JaPen Terengganu Anjur Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia Khamis Ini

Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JaPen Terengganu) akan menganjurkan Sepakat Komuniti 1Malaysia (K1M) di Dataran Kuala Berang, Hulu Terengganu selama dua hari bermula Khamis ini.

Pengarah JaPen Terengganu, Nasrudin H. Mahmud berkata, pelbagai acara menarik disediakan sepanjang karnival berlangsung temasuk ceramah perdana hal ehwal Islam, pertandingan mewarna dan pameran jabatan serta agensi kerajaan.

Katanya, selain itu turut diadakan taklimat bajet negeri Terengganu 2017 pada 9 November bermula 9 pagi di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.

“Orang ramai juga berpeluang melihat dan membeli barangan yang dihasilkan oleh ahli K1M seperti makanan ringan dan hasil kraftangan selain menyertai cabutan bertuah untuk mereka yang hadir pada majlis itu.

“Penganjuran Karnival K1M bertujuan menjalin hubungan dan kerjasama antara K1M di negeri ini selain menggalakkan keterlibatan ahli K1M dalam mengurus program secara bersama,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nasrudin berkata, karnival yang membabitkan pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta itu diharap mampu mendekatkan masyarakat setempat dengan pihak kerajaan selain dapat memberi perkhidmatan terus kepada rakyat.

Katanya, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Jailani Johari dijangka akan merasmikan karnival itu pada 9 November 2016.

“Sehubungan itu, masyarakat di daerah Hulu Terengganu terutama di sekitar tapak karnival dijemput hadir bagi memeriahkan karnival K1M selain berpeluang mendapat maklumat tepat mengenai agensi yang mengambil bahagian pada karnival itu,” ujarnya.

No comments: