Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jabatan, Agensi Kerajaan Diseru Tambah Baik Sistem Dan Integriti Perkhidmatan Awam


Jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini diminta sentiasa membuat kajian dan penambahbaikan ke atas amalan, sistem dan prosedur kerja sedia ada, bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam.

Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, berkata, proses transformasi adalah acuan penting dan signifikan dalam membudayakan nilai integriti secara menyeluruh di peringkat negeri.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengemumkakan empat cadangan kepada jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini dalam usaha membendung gejala rasuah daripada terus berleluasa.

"Pertama, setiap jabatan dan agensi perlu mewujudkan saluran aduan untuk memudahkan aduan atau maklumat rasuah dan perlanggaran tatakelakuan dapat disalurkan dengan cepat, dengan merahsiakan identiti pihak yang memberi maklumat.

"Kedua, pentingnya untuk kita membina permuafakatan dengan pihak berkepentingan yang mana semua pegawai dan kakitangan perlu bekerjasama dengan Unit Integriti dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membendung perbuatan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan khususnya dalam perolehan kerja membabitkan dana awam.

"Seterusnya, jabatan dan agensi kerajaan perlu memperkasakan prosedur perolehan supaya selari dengan peraturan sedia ada serta mempertingkatkan jati diri setiap kakitangan dalam memastikan kakitangan mempunyai nilai amanah dan tanggungjawab yang tinggi," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahim Jusoh pada sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa peringkat negeri di Wisma Darul Iman, hari ini.


Wan Nawawi berkata, kerajaan negeri juga terbukti komited dalam usaha membanteras gejala rasuah dan penyelewengan terutama di kalangan sektor awam apabila menubuhkan Majlis Perundingan Integriti Negeri Terengganu (MPINT) bermula tahun lalu.

Beliau berkata, sebanyak lima jabatan dan 32 penemuan bersabit gejala rasuah, salah laku dan penyelewengan dilaporkan di Terengganu dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2015 Siri 2 dan jabatan serta agensi terbabit diminta mengambil langkah proaktif bagi menyelesaikan penemuan yang dibangkitkan dengan kadar segera.

No comments: