Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Hujan Berterusan, 63 Mangsa Dipindahkan Di Kemaman


Hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi, menyebabkan 63 mangsa daripada 16 keluarga mula dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara di Kemaman, sejak pagi ini.

Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, daripada keseluruhan mangsa, 21 orang daripada enam keluarga, ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok, manakala  26 daripada lapan keluarga di Sekolah Menengah Badrul Alam Shah, Kemasik, masing-masing berpindah sejak 8.10 pagi tadi.

Katanya, 16 mangsa daripada tiga keluarga lagi dipindahkan ke Balai Raya Padang Kemunting, Chukai sejak jam 10.30 pagi ini.

“Kesemua mangsa dipindahkan sejak jam 8 pagi hingga jam 11 pagi ini. Kita sentiasa bersedia membuat rondaan di kawasan dilaporkan berlaku limpahan air bagi memastikan bantuan dapat diberi segera sekiranya keadaan bertambah buruk,”katanya.

Sementara itu, Jabatan Metereologi Malaysia (JMM) hari ini turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama).

Menurutnya, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu Kelantan, Pahang, Johor Timur dan Sarawak sehingga Sabtu ini (31 Disember).

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Terengganu, Kelantan ,Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Khamis ini (29 Disember).

Selain itu juga, JJM  turut mengeluarkan amaran hujan lebat (peringkat jingga), sejak malam tadi, dengan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di Pahang (Daerah Maran, Bera, Rompin, Pekan, Kuantan dan Jerantut) dan juga Terengganu dijangka berterusan sehingga Rabu ini (28 Disember).

No comments: