Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Gunting Rambut Percuma Di Bangunan UMNO Gong Kapas Sabtu Ini

Sempena sesi persekolahan baru yang bakal bermula tidak lama lagi, UMNO Bahagian Kuala Terengganu mengambil inisiatif memberi peluang ibu bapa yang mempunyai anak lelaki berusia antara tujuh hingga 12 tahun di sekitar Kuala Terengganu menyertai program gunting rambut beramai-ramai secara percuma, Sabtu ini.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi berkata, program bermula jam 9 pagi di Bangunan UMNO Kuala Terengganu, Gong Kapas itu merupakan aktiviti tahunan pihaknya sebagai persiapan akhir sebelum sesi persekolahan bermula tahun depan.

“Program itu walaupun kecil bagi mereka yang berkemampuan, sebenarnya cukup bermakna kepada golongan berpendapatan rendah, apatah lagi jika  mempunyai anak lelaki yang ramai dan masih bersekolah.

"Anak  yang bakal memulakan persekolahan tidak lama lagi pastinya memerlukan perbelanjaan besar bagi menyediakan pelbagai keperluan sekolah. Jadi, program secara percuma ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan mereka,”katanya.

Sabri berkata, sambutan yang diterima setakat ini amat memberangsangkan dan pihaknya mempelawa lebih ramai  ibu bapa memanfaatkan aktiviti itu. 

No comments: