Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bazar Warisan Dimajukan Semula

 
Kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan memajukan semula Kompleks Bazar Warisan, dengan kerjasama syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Wei Amber Group Sdn Bhd bermula penghujung Disember ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembangunan premis perniagaan itu berdasarkan kawasan yang menjadi tumpuan meliputi satu kilometer radius yang berpusat di PB Square.


Katanya, terdapat dua projek besar yang bakal dibangunkan di kawasan tersebut iaitu pembinaan semula Pasar Besar Kedai Payang bernilai RM78 juta selain pengubahsuaian Bazar Warisan yang sedia ada.

“Bagi penambahbaikan bazar ini, perbelanjaannya akan dikeluarkan sepenuhnya oleh Wei Amber Group Sdn Bhd dengan kos RM15 juta melibatkan gerai makanan antarabangsa, restoran makanan halal Cina serta sebuah hotel bajet.

“Kedai-kedai sedia ada pula akan dikekalkan. Sementara pengubahsuaian ini dilakukan, peniaga bakal dipindahkan sementara di sekitar Shahbandar dan perbelanjaan untuk tapak  itu juga akan ditanggung oleh syarikat tersebut,” katanya.


Beliau ditemui pemberita pada majlis Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman bagi Pembangunan Semula Bazar Warisan Kuala Terengganu antara MBKT dan Wei Amber Group Sdn Bhd di Kuala Lumpur.

Turut hadi,  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato, Wan Nawawi Wan Ismail;  Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd. Zulkiflie Abu Bakar dan Pengarah Urusan Wei Amber Group Sdn Bhd, Ismail Nuh.

Ahmad Razif berkata, pengubahsuaian tersebut bakal mengambil masa selama tiga ke enam bulan dan dijangka mula dibuka kembali secara berfasa bermula Ramadan tahun hadapan.

Tambahnya, fokus utama diberikan kepada kedai makanan antarabangsa serta restoran makanan halal cina seterusnya diikuti dengan pembinaan hotel.

Sementara itu, Pengarah Urusan Wei Amber, Ismail berkata kerjasama yang dilakukan bersama kerajaan negeri adalah berdasarkan potensi ekonomi yang dilihat oleh syarikatnya.

“Saya pernah tinggal di Terengganu selama empat tahun, jadi saya yakin dengan pasaran di sana kerana budaya yang diamalkan tidak jauh berbeza,” katanya.

No comments: