Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Anak Penebar Roti Canai Cemerlang PT3


Motivasi dan didikan secara sistematik dari guru antara faktor utama mendorong kejayaan pelajar paling cemerlang di Sekolah Imtiaz YT Kuala Terengganu, Muhammad Hilman Nor Azmi.

Hilman
Hilman yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik tersebut berkata tanpa sokongan serta doa dari guru mungkin dia tidak akan dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang di sekolah tersebut.

“Saya berterima kasih terutamanya kepada guru-guru yang mengajar saya sepanjang menuntut di sekolah ini kerana mereka banyak berkorban untuk saya. Tanpa mereka saya mungkin tidak akan mampu untuk mencapai kejayaan ini.

“Guru-guru banyak mendidik saya dan jika melakukan kesilapan, merekalah yang akan menegur untuk memperbaiki kesalahan tersebut,” katanya yang ditemui Teganukita.

Dalam pada itu, Nur Syuhada Md Rahasbihi yang turut mendapat keputusan 11A amat bersyukur dan rasa berbaloi apabila memperolehi kejayaan itu.

Syuhada

Beliau berkata, kesusahan yang dialami olehnya bukanlah penghalang bagi dirinya malahan pembakar semangat untuk mencipta kejayaan.

“Bapa saya bekerja sebagai penebar roti canai manakala ibu pula membantu bapa di warung.

“Ibu selalu berpesan kepada saya bahawa dia tidak mampu untuk meninggalkan harta kepada saya namun hanya dengan ilmu sahaja yang boleh mengubah hidup kami sekeluarga,” katanya.

Tambahnya, kejayaan tersebut ditujukan khas kepada ibu bapanya yang banyak memberi dorongan kepada dirinya.

Syuhada berkata dia tidak menyangka akan memperolehi keputusan semua A namun atas usaha dari guru-guru, beliau mampu buktikan kejayaannya mendapat 11A.

Bagi anak bongsu dari tujuh beradik, Muhammad Fikri Arsyad Roslan pula, kejayaan memperolehi 11A ditujukan kepada ibunya yang banyak mendorong dirinya untuk berjaya.

Fikri Aryad

Fikri Arsyad yang hanya memperolehi 7A semasa peperiksaan percubaan PT3 berkata dorongan dari rakan-rakan banyak membantu dirinya.

"Sebelum ini, saya memang tidak suka untuk mengulang kaji pelajaran namun menjelang saat akhir peperiksaan saya jadi takut.

"Bermula dari itu, saya bersama rakan-rakan melakukan ulang kaji secara berkumpulan serta solat hajat dan tahajud pada setiap malam," katanya.

No comments: