Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

600 Sertai Program Kayuhan Muhibah

Seramai 600 peserta menyertai Program Kayuhan Muhibah yang dianjurkan kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), hari ini.

Pelepasan peserta kayuhan yang bermula di Dataran Batu Burok dan berakhir di lokasi yang sama itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee pada pukul 8 pagi.

Mohd Jidin berkata, kayuhan muhibah merupakan salah satu gimik pra pelancaran Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.

"Program yang terbuka kepada pelbagai agensi dan orang ramai yang berminat untuk menyertai aktiviti kayuhan ini akan diadakan secara bulanan bagi memperhebatkan lagi sambutan TMT 2017.

"Secara tidak langsung, program sebegini memupuk minat orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dan merapatkan hubungan khususnya warga bandaraya ini," ujarnya kepada pemberita pada program tersebut.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Terengganu Mohd Zulkifli Abu Bakar.

Menurut beliau, laluan peserta kayuhan muhibah dewasa adalah sejauh 20 kilometer (km) yang bermula di Batu Burok melibatkan Jalan Sultan Zainal Abidin menghala ke Pasar Payang, Kampung Cina, Jalan Sultan Ismail, Batas Baru, Jalan Kemajuan, Susur Duyong (pusingan-U), lampu isyarat Bukit Besar, Jalan Kamaruddin dan kembali ke Batu Burok.

"Manakala laluan untuk VIP dan kanak-kanak dengan jarak tujuh km yang juga bermula di Batu Burok melalui jalan berhampiran Hotel Primula, Chicken Cottage ke Jalan Sultan Sulaiman, Bulatan Ladang dan seterusnya berpatah ke Hotel Primula sebelum berakhir di Batu Burok," ujarnya.

No comments: