Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

500 Pelajar Miskin Daerah Besut Terima Sumbangan Pakaian Sekolah


Kesediaan syarikat korporat yang tampil membantu golongan miskin di daerah Besut melegakan ibu bapa kerana dapat menjimatkan perbelanjaan anak ke sekolah apabila penggal persekolahan dibuka awal tahun hadapan.
Ini kerana mereka mendapat peralatan termasuk alat tulis, beg, pakaian seperti seluar, kasut dan baju sekolah.
Bukan itu sahaja, pelajar terpilih turut menerima sumbangan wang tunai RM100 seorang.
Seramai 500 pelajar miskin terbabit menerima sumbangan berkenaan daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut Gong Kemuntong, Jertih, semalam.
Program anjuran Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Besut itu turut disokong sembilan syarikat korporat bagi membantu pelajar yang tidak berkemampuan.

No comments: