Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Wira TBSS Hanelang Terima Ganjaran RM10,000


Ahmad Razif menyerahkan sumbangan kepada Sofian yang telah menamatkan kembara solonya sejauh 22,000 kilometer di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli Putra.
Kerajaan negeri menghadiahkan insentif sebanyak RM10,000 kepada Wira TBSS Hanelang, Sofian Mohd yang berjaya menamatkan jelajah solo berbasikal mengelilingi dunia di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu, pada Sabtu lalu.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ganjaran tersebut diberikan sebagai galakan kepada rakyat Terengganu supaya mampu mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang.

Katanya, selain insentif berkenaan, wira negeri itu juga akan menerima ganjaran lain berikutan kejayaannya membawa nama Terengganu di persada antarabangsa.

“Dato’ Rozi Mamat dan A. Latiff Awang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri telah diberi tugas untuk memberi Sofian ruang menceritakan pengalamannya terutama kepada pelajar sekolah, atlet-atlet serta belia di negeri ini sebagai motivasi kepada mereka.

“Selain itu, kisah pengembaraan Sofian ini turut akan dimasukkan ke dalam galeri yang ditempatkan di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu bersama dengan kejayaan anak-anak Terengganu yang lain,” katanya.


Beliau ditemui pemberita pada Program Minum Pagi Menteri Besar Bersama Wira TBS Hanelang di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.

Sofian memulakan jelajah solonya pada 1 Ogos 2015 dan berjaya menamatkannya selepas 16 bulan.
Sepanjang tempoh itu, beliau berkayuh sejauh 22,000 kilometer melibatkan 22 buah negara.

No comments: