Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Wira TBSS Hanelang, Akhiri Jelajah Keliling Dunia


Wira TBSS Hanelang, Sofian Mohd, 56, mengakhiri jelajah solo berbasikal mengelilingi dunia di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu, kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Menceritakan pengalamannya mengharungi 22 negara dengan jarak 22,000 kilometer tersebut, Sofian berkata ianya merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila dapat menamatkan perjalananan berbasikal pada hari ini.

Beliau berkata, sepanjang pembembaraannya selama 16 bulan tersebut, pelbagai cabaran dan dugaan telah dilalui namun ianya tidak mematahkan semangat bagi menamatkan misi jelajah yang dimulakan pada Julai tahun lalu.

“Dugaan terbesar yang saya terima semasa melakukan jelajah berbasikal secara solo ini adalah apabila menerima mendapat berita bahawa adik saya, Sukri Mohd meninggal dunia.

“Saya menerima berita tersebut semasa berada di negara China. Selama tiga hari saya melakukan kayuhan sambil menitiskan air mata mengenangkan arwah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas tiba di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu, hari ini.


Ketibaan beliau disambut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussein dan Pegawai Penyelaras DUN Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi.

Tambah bapa kepada dua anak tersebut, perbezaan bahasa untuk berkomunikasi serta keadaan cuaca di negara-negara yang dilalui merupakan antara cabaran yang perlu ditempuhi oleh beliau.

“Saya terpaksa tempuhi beberapa kesukaran untuk melepasi sempadan menggunakan bahasa ibunda mereka kerana sebahagian negara yang dilalui terutama di Asia Tengah mereka mempunyai rasa curiga terhadap warga asing yang tinggi.

“Dari segi cuaca pula, saya perlu tempuhi cuaca sejuk melampau sehingga -20 darjah Celsius sehinggakan perlu memakai baju sebanyak lima lapisan, seluar (empat), stokin (tiga) serta sarung tangan (dua) supaya tidak mengalami masalah,” katanya.

No comments: